Access To FKSharing

SHARING INI UNTUK #UMPLAKESIDE SAHAJA ^__^

Best view with FIREFOX.

~Tab Iklan Kemungkinan Akan Keluar..Mintak maaf atas kekurangan dan Terima Kasih ^__^~

Friday, December 7, 2012

BUKU : The Power of Now

Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera...

Pre-order buku The Power of Now (versi Bahasa Melayu)



Penulis : Eckhart Tolle 

Harga Semenanjung : RM 22.00 
Harga Sabah/Sarawak: RM 25.00
ISBN-13: 978-967-369-187-6
Tarikh Terbit: 1 Dec 2012
Jumlah Muka Surat : 272


PRE-ORDER SEHINGGA 12 DISEMBER 2012 
UNTUK PELAJAR UMP PEKAN SAHAJA 

CONTACT : FB FARIS KOKORO 

SINOPSIS
Tiada orang yang pernah kenyang dengan hanya melihat makanan dan tidak menyuapkannya ke dalam mulut. Dan tiada orang yang pernah mendapat kepuasan membaca dengan hanya memegang buku ini. The Power of Now, kita perlu membaca buku ini sekarang juga.

- Jangan Bersedih
Hidup kita terlalu singkat untuk bersedih. Kebahagiaan dan kesedihan sentiasa berlumba-lumba antara satu sama lain. Apabila salah satu daripadanya berehat, yang satu lagi akan mengalahkannya. Jangan biarkan hidup kita terisi dengan kesedihan.
- Menikmati Kehidupan
Bangunlah setiap hari dengan penuh teruja mahu menikmati kehidupan pada hari ini. Kemudian, tidurlah dengan penuh kepuasan dan teruja mahu menikmati kehidupan pada esok hari.
- Menikmati Saat Sekarang
Jangan terperangkap dalam kenangan silam dan jangan terlalu risau tentang masa hadapan. Hiduplah dan nikmatilah saat sekarang. Terkenangkan masa silam, kita lemas. Terfikirkan masa depan, kita cemas. Bukankah hari ini adalah emas? Marilah menikmati kehidupan kita pada saat ini. Ya, nikmatilah saat ini.
- Memanfaatkan Hidup
 Semalam adalah pengalaman, hari ini adalah kehidupan, dan esok adalah perancangan. Konon-kononnya masih dihantui pengalaman silam, hidup derita siang dan malam. Konon-kononnya sibuk merancang masa depan, terasa diri tiada harapan. Akhirnya, kita lupa betapa indahnya saat ini, betapa bermaknanya hari ini. Mari manfaatkan hidup ini.

KANDUNGAN

Bab 1: Penjara Minda Yang Membelenggu
Halangan Terhebat Menuju Mercu Kesedaran
Bebaskan Diri Daripada Penjara Minda
Mercu Kesedaran: Melangkaui Fikiran
Emosi: Reaksi Tubuh Badan Terhadap Minda

Bab 2: Kesedaran Adalah Medium Bagi Menghentikan Kesengsaraan
Hentikan Semua Kesengsaraan Masa Kini
Melenyapkan Derita Emosi
Tarikan Ego Terhadap Derita Terpendam
Punca Perasaan Takut
Ego Mencari Kesempurnaan

Bab 3: Menghayati Intipati Masa Kini
Identiti Diri Sejati Letaknya Bukan di Minda
Tamatkan Riwayat Delusi Masa
Masa Kini Menjana Kehidupan
Kunci Bagi Merungkai Dimensi Spiritual
Menggenggam Kehebatan Masa Kini
Membebaskan Masa Psikologi yang Menjerat
Masa Psikologi Yang Tidak Masuk Akal
Masalah dan Penderitaan Berpunca Daripada Masa
Menemui Kehidupan yang Tersirat
Masalah Adalah Ilusi Minda
Lompatan Kuantum Dalam Evolusi Kesedaran
Semangat Tersembunyi yang Penuh Erti

Bab 4: Strategi Minda Bagi Mengelak Masa Kini
Tersisih Daripada Masa Kini: Delusi Teras
Kejahilan Minda Lazim dan Kejahilan Minda Parah
Apa yang Mereka Cari
Melenyapkan Kejahilan Minda Lazim
Bebas Daripada Kesedihan
Berikan Tumpuan Total Dalam Semua Situasi
Matlamat Sejati Perjalanan Kehidupan Kamu
Beri Tumpuan Total, Jerat Masa Silam akan Terlerai

Bab 5: Seteguh Mana Tumpuan Kamu
Bukan Seperti yang Kamu Fikirkan
Makna Esoterik Penantian yang Jarang Diketahui
Keindahan Lahir daripada Tumpuan yang Tulus
Mengenal Kesedaran Minda Sejati
Pegangan Agama: Realiti Kesedaran Minda Abadi

Bab 6: Menyelami Dasar Jiwa
Semangat Tersembunyi adalah Identiti Sejati
Makna Tersirat di Sebalik Perkataan
Mencari Realiti yang Terselindung dan Abadi
Berhubung dengan Dasar Jiwa
Transformasi Menerusi Tubuh
Seru Tubuh Kamu
Hubungan Jiwa yang Mendalam
Sebelum Menyelami Dasar Jiwa, Beri Kemaafan
Hubungan dengan Dunia Rahsia
Memperlahankan Proses Penuaan
Memperkukuhkan Sistem Imun
Bernafas Bagi Menjiwai Tubuh
Menggunakan Minda dengan Kreatif
Seni Mendengar

Bab 7: Gerbang ke Dunia Rahsia
Menjiwai Tubuh Sedalam Mungkin
Sumber Chi
Tidur Tanpa Mimpi
Gerbang Lain
Kesunyian
Ruang
Ciri Sebenar Ruang dan Masa
Kematian yang Menyedarkan

Bab 8: Perhubungan Bersandarkan Mercu Kesedaran Minda
Hayati Masa Kini Dalam Semua Situasi
Perhubungan Cinta/Benci
Ketagihan dan Pencarian Kesempurnaan
Mengubah Ketagihan Dalam Perhubungan Menjadi Kesedaran
Perhubungan Sebagai Latihan Spiritual
Mengapa Perempuan Lebih Hampir dengan Mercu Kesedaran
Melenyapkan Derita Terpendam Kolektif bagi Perempuan
Putuskan Perhubungan dengan Diri Sendiri

Bab 9: Di Sebalik Kebahagian dan Kesedihan Ada Ketenangan
Hikmah di Sebalik Ujian Baik dan Buruk
Tamatnya Drama Kehidupan Kamu
Kehidupan yang Tidak Kekal dan Kitarannya
Mengguna dan Melenyapkan Unsur Negatif
Belas Kasihan Sejati
Meniti Realiti yang Berbeza

Bab 10: Makna Berserah Diri
Menerima Realiti Masa Kini
Mengubah Tenaga Minda Menjadi Tenaga Spiritual
Berserah Diri dalam Perhubungan Peribadi
Penyakit Sebagai Pencetus Mercu Kesedaran
Apabila Musibah Melanda
Penderitaan yang Menghadiahkan Ketenangan
Setiap Musibah Ada Rahmatnya
Kuasa Untuk Memilih

PRE-ORDER SEHINGGA 12 DISEMBER 2012 
UNTUK PELAJAR UMP PEKAN SAHAJA 

CONTACT : FB FARIS KOKORO 
 

No comments:

Post a Comment